Tujuan Survey (1)
Ingin mengetahui barangan computer yang paling laris dipasaran masa kini.
Berita
RISIKO MEMBELI TELEFON BIMBIT DI PESTA TELEFON DENGAN HARGA TERLALU MURAH
Friday, 14 May 2010 12:41
Sejak awal bulan April, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima
banyak aduan tentang telefon bimbit yang dibeli di pesta telefon yang sedang rancak diadakan
di serata Malaysia.
Ramai pengguna yang membeli telefon di pesta telefon kerana percaya dengan dakwaan
jurujual bahawa telefon tersebut adalah tulen dan diberikan diskaun sehingga 70 peratus.
Aduan yang diterima ini amat membimbangkan kerana pengguna menghadapi risiko yang amat
tinggi dan tiada perlindungan yang diberikan sekiranya mereka ditipu. Begitu juga kegiatan
menjual telefon yang tidak mempunyai jaminan dari segi kualiti dan khidmat selepas jualan
melalui pesta telefon juga sekiranya tidak dikawal akan menjadi pusat bagi penipuan.
Ramai pengguna mengadu bahawa mereka telah tertipu akibat harga yang terlalu murah
misalnya harga Iphone dan Blackberry hanya dalam lingkungan RM 180.00 sehingga RM
800.00. Namun berapa yang menyedari muslihat di sebaliknya. Kita hanya membeli tanpa
membuat penyiasatan ataupun mendapat nasihat daripada mana-mana pihak. Pernahkah
terlintas dalam fikiran kita, kenapa dan bagaimana seorang penjual boleh menjual sesuatu
produk dengan harga yang lebih murah dengan harga pasaran?
Kemungkinan besar, produk berkenaan adalah produk tiruan, palsu, dicuri ataupun produk yang
diseludup masuk ke negara kita. Pengguna dinasihatkan agar bertanggungjawab dalam
membuat keputusan.
Dalam masa ini, terdapat banyak saluran untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada
pengguna lain, umpamanya melalui forum-forum di internet. Pengguna juga boleh mendapat
komen-komen mengenai penjual melalui pengalaman pengguna lain. Jangan membuat
keputusan untuk membeli secara terburu-buru.
Sekiranya anda membeli daripada pihak yang tidak dikenali mahupun dari premis yang tidak
tetap, kemungkinan besar apabila menghadapi masalah ataupun kerosakan dengan produk
berkenaan, anda tidak dapat mencari mereka lagi. Kebanyakan daripada mereka tidak
mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini menimbulkan kesukaran untuk
mengesan mereka.
Begitu juga jika melaporkan kes kepada bahagian penguatkuasa atau memfailkan kes di
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, kes ini sukar untuk diselesaikan kerana kesukaran untuk
mendapatkan penjual.
Pengguna perlu jelas dengan risiko yang bakal mereka hadapi akibat daripada keputusan
pembelian mereka.
Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
14 Mei 2010
1